ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA. TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG KAMI. SELAMAT MEMBACA DAN MENDAPAT INFORMASI YANG BERGUNA.

Tuesday, October 1, 2024

2.0 KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI

 

2.0.1 Definisi tapak integrasi

Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan peradaban bertemu dan berikhtiar mencari  persetujuan secara aman dan harmonis tanpa keganasan. Ada yang wujud pada peringkat makro (dari atas ke bawah), meso (bawah ke atas) dan mikro (inisiatif akar umbi).


2.0.2 Ciri-ciri tapak integrasi
  • Sebuah ruang sosial, abstrak dan nyata.
  • Satu titik pertemuan untuk kelompok-kelompok strategik.
  • Proses pertemuan berasaskan prinsip: Tawar-menawar (Bargaining), Perundingan (Negotiation) & Pengantaraan (Mediation).
  • Ada tapak yang diinstitusikan, ada yang tidak.
  • Ada yang berjaya, ada yang tidak.
  • Usaha membina tapak integrasi diteruskan dan menuju ke arah penyatupaduan.                                                                                                                                              
2.0.3 Pembahagian tapak integrasi
 

- Makro (dari atas ke bawah)
        Bersifat dasar atau undang-undang yang dibuat oleh kerajaan. Contohnya:
        1) Perlembagaan Persekutuan
        2) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
        3) Sekolah Wawasan
        4) Program Latihan Khidmat Negara
        5) Rancangan Malaysia
        6) Wawasan 2020
        7) Transformasi Negara (TN50) 

- Meso (bawah ke atas)

Diusahakan oleh rakyat melalui persatuan, jawatan kuasa, institusi dan NGO. NGO secara umumnya adalah pertubuhan sukarela, swasta, ahli-ahli adalah individu atau  persatuan yang datang bersama-sama untuk mencapai satu tujuan yang sama. NGO mempunyai entiti yang pelbagai terdiri daripada organisasi sepenuhnya tempatan atau organisasi akar umbi yang ditubuhkan pada peringkat kebangsaan dan merentasi dunia  (Mingst,2004). Menurut Goldie (1997) terdapat tujuh ciri NGO yang membezakan NGO dengan pertubuhan yang lain iaitu:
            
        1) Berdaftar secara rasmi
        2) Organisasi berasingan daripada kerajaan
        3) Berbeza daripada organisasi perniagaan
        4) Diuruskan secara persendirian
        5) Bersifat sukarela
        6) Bukan bermotifkan dakwah
        7) Tidak telibat dalam kempen pilihan raya

        
Mikro (inisiatif akar umbi)

Diusahakan oleh rakyat atau individu.Berlaku pertukaran budaya simbol perpaduan.Contohnya:
        1) Undangan Perkahwinan dan kenduri
        2) Rumah terbuka
        3) Tapak integrasi tidak rasmi
        4) Program di Institut Pengajian Tinggi
        5) Rukun Tetangga


2.0.4 Peranan Perlembagaan sebagai tiang seri

- Mengikat masyarakat kepada untuk merujuk pada satu undang yang sama    untuk suatu masalah supaya tidak bercanggah antara satu sama lain
  • Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.

  • Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

  • Perkara II mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya".

Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran negara
  • Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang memperuntukkan penubuhan badan yang dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan mengisytiharkan kawasan keselamatan, menjelaskan kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara berkaitan.
Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat
  • Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan tetapi tertakluk kepada peruntukan Akta Hasutan dan beberapa akta lain.
  • Ini membawa maksud walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing namun ia masih di bawah undang-undang di mana sekirannya berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru-harakan keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh diambil tindakan.

Melindungi kepentingan semua kaum dengan jaminan keadilan sosial antara kaum
  • Contohnya, perkara 149 berkenaan perundangan menentang perbuatan subversif tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam. Di bawah perkara ini, disebut bahawa mana-mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5 (Kebebasan Diri). Perkara 9 (Larangan Buang Negeri dan Kebebasan bergerak), Perkara IU (Kebebasan Percakap, Berhimpun dan Berpesatuan) atau Perkara 13 ( Hak Terhadap Harta). 

 

No comments:

Post a Comment