Terdapat lapan perkara dalam kerangka
asas Perlembagaan Persekutuan iaitu:
3.0.1 Membentuk Negara Persekutuan:
>Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Perlembagaan menetapkan pembahagian
kuasa antara peringkat persekutuan dan negeri, termasuk bidang kuasa yang
eksklusif bagi negeri-negeri seperti undang-undang Islam, tanah, dan adat istiadat
Melayu.
3.0.2 Islam agama persekutuan
>Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan agama. Perlembagaan
menetapkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, namun
menjamin kebebasan beragama untuk semua. Pada masa yang sama, hak-hak istimewa
orang Melayu dan bumiputera dipelihara, tetapi tidak menafikan hak kaum lain.
3.0.3 Perlembagaan undang-undang tertinggi
>Perlembagaan memastikan bahawa undang-undang adalah berdaulat dan
semua orang, termasuk pemimpin politik dan institusi kerajaan, tertakluk kepada
undang-undang. Tidak ada individu atau badan yang boleh bertindak di luar batas
undang-undang.
3.0.4 Elemen Warisan
Elemen warisan merujuk kepada elemen
asal dan telah sekian lama menjadi pengenalan atau identiti bagi negara;
Elemen-elemen asal dan tradisi yang dikekalkan dalam Perlembagaan dengan
peranan-peranan tertentu.
*seringkali dirujuk sebagai "tiang
seri Perlembagaan Persekutuan" atau elemen asal (indigenous)
3.0.5 Kewarganegaraan Malaysia
Peruntukan yang digandingkan dengan keistimewaan Melayu. Terdapat empat
cara mendapatkan kewarganegaraan iaitu:
- Operasi undang-undang
- Pendaftaran
- Naturalisasi
- Gabungan wilayah
Hilang / dipecat kewarganegaraan – hilang taat setia
3.0.6 Kebebasan asasi
>Perlembagaan menjamin hak-hak asasi seperti hak kebebasan diri, hak
kebebasan suara dan berhimpun serta hak kebebasan beragama.
>Hak kepada kebebasan diri: Setiap individu berhak kepada kebebasan dari
penahanan yang tidak sah.
>Hak kepada kebebasan bersuara dan berhimpun: Rakyat diberi kebebasan
untuk bersuara dan mengadakan perhimpunan aman.
>Hak kepada kebebasan beragama: Setiap individu berhak untuk menganut
dan mengamalkan agamanya, dengan syarat amalan tersebut tidak melanggar
undang-undang.
3.0.7 Pindaan Perlembagaan
>Merujuk kepada Perkara 158 Perlembagaan Persekutuan pindaan perlembagaan
dibuat sekiranya ada pertambahan atau pemansuhan sesuatu dasar.
>Situasi di Malaysia, pindaan perlembagaan dilaksanakan tanpa
referendum rakyat.
>Perkara-perkara yang boleh dipinda dalam perlembagaan dengan persetujuan
2/3 ahli majlis Parlimen.
3.0.8 Perkara subversif dan darurat
>Walaupun Perlembagaan menjamin hak-hak individu, ia juga mengandungi
peruntukan yang membolehkan sekatan tertentu dikenakan atas nama keselamatan
negara, ketenteraman awam, atau moral. Contohnya, kebebasan bersuara boleh
dihadkan demi mengelakkan fitnah atau hasutan. Ini bertujuan untuk menjaga
keseimbangan antara kebebasan individu dan keselamatan serta kepentingan
negara.
No comments:
Post a Comment