ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA. TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG KAMI. SELAMAT MEMBACA DAN MENDAPAT INFORMASI YANG BERGUNA.

Tuesday, October 1, 2024

1.0 PENGENALAN

Hampir semua masyarakat dunia menjadikan Perlembagaan, sama ada  Perlembagaan bertulis ataupun tidak sebagai wahana untuk mengurus dan menghayati kemajmukan etika dan peradaban.

Bagi Malaysia, Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen utama yang menjadi panduan dan sempadan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara yang mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan Tahun 1957.

                                                     

                                              
                                              

Sifat Perlembagaan Persekutuan secara simboliknya adalah sebagai 'kontrak sosial' kerana terkandung di dalamnya pelbagai peruntukan yang memenuhi kepentingan semua pihak dalam masyarakat Malaysia. Walaupun begitu, Perlembagaan sering ditafsir oleh pelbagai pihak mengikut kefahaman dan kepentingan masing-masing sehingga mendatangkan cabaran, bahkan juga perbezaan dan percanggahan. Namun begitu, walaupun senantiasa 'bertikam lidah, masyarakat Malaysia tidak berparangan'; dan setelah lebih 60 tahun Perlembagaan itu wujud, masyarakat Malaysia kekal dengan aman dan makmur.

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan  berkenaan  berkuatkuasa sejurus selepas  kemerdekaan   pada  31 Ogos 1957.

Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai pihak atau kelompok masyarakat (termasuk kelompok etnik, agama, parti politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya) yang berbeza etika dan peradaban, bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan atau titik pertemuan secara aman dan harmoni. Tapak integrasi ini wujud pada peringkat makro, pertengahan dan mikro.

                                                






No comments:

Post a Comment