PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI
Tuesday, October 1, 2024
1.0 PENGENALAN
Hampir semua masyarakat dunia menjadikan Perlembagaan, sama ada Perlembagaan bertulis ataupun tidak sebagai wahana untuk mengurus dan menghayati kemajmukan etika dan peradaban.
Bagi Malaysia, Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen utama yang menjadi panduan dan sempadan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara yang mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan Tahun 1957.
Sifat Perlembagaan Persekutuan secara simboliknya adalah sebagai 'kontrak sosial' kerana terkandung di dalamnya pelbagai peruntukan yang memenuhi kepentingan semua pihak dalam masyarakat Malaysia. Walaupun begitu, Perlembagaan sering ditafsir oleh pelbagai pihak mengikut kefahaman dan kepentingan masing-masing sehingga mendatangkan cabaran, bahkan juga perbezaan dan percanggahan. Namun begitu, walaupun senantiasa 'bertikam lidah, masyarakat Malaysia tidak berparangan'; dan setelah lebih 60 tahun Perlembagaan itu wujud, masyarakat Malaysia kekal dengan aman dan makmur.
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai pihak atau kelompok masyarakat (termasuk kelompok etnik, agama, parti politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya) yang berbeza etika dan peradaban, bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan atau titik pertemuan secara aman dan harmoni. Tapak integrasi ini wujud pada peringkat makro, pertengahan dan mikro.
2.0 KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI
- Sebuah ruang sosial, abstrak dan nyata.
- Satu titik pertemuan untuk kelompok-kelompok strategik.
- Proses pertemuan berasaskan prinsip: Tawar-menawar (Bargaining), Perundingan (Negotiation) & Pengantaraan (Mediation).
- Ada tapak yang diinstitusikan, ada yang tidak.
- Ada yang berjaya, ada yang tidak.
- Usaha membina tapak integrasi diteruskan dan menuju ke arah penyatupaduan.
- Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.
- Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
- Perkara II mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya".
- Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang memperuntukkan penubuhan badan yang dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan mengisytiharkan kawasan keselamatan, menjelaskan kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara berkaitan.
- Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan tetapi tertakluk kepada peruntukan Akta Hasutan dan beberapa akta lain.
- Ini membawa maksud walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing namun ia masih di bawah undang-undang di mana sekirannya berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru-harakan keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh diambil tindakan.
- Contohnya, perkara 149 berkenaan perundangan menentang perbuatan subversif tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam. Di bawah perkara ini, disebut bahawa mana-mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5 (Kebebasan Diri). Perkara 9 (Larangan Buang Negeri dan Kebebasan bergerak), Perkara IU (Kebebasan Percakap, Berhimpun dan Berpesatuan) atau Perkara 13 ( Hak Terhadap Harta).
3.0 KERANGKA ASAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Terdapat lapan perkara dalam kerangka
asas Perlembagaan Persekutuan iaitu:
3.0.1 Membentuk Negara Persekutuan:
>Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Perlembagaan menetapkan pembahagian
kuasa antara peringkat persekutuan dan negeri, termasuk bidang kuasa yang
eksklusif bagi negeri-negeri seperti undang-undang Islam, tanah, dan adat istiadat
Melayu.
3.0.2 Islam agama persekutuan
>Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan agama. Perlembagaan
menetapkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, namun
menjamin kebebasan beragama untuk semua. Pada masa yang sama, hak-hak istimewa
orang Melayu dan bumiputera dipelihara, tetapi tidak menafikan hak kaum lain.
3.0.3 Perlembagaan undang-undang tertinggi
>Perlembagaan memastikan bahawa undang-undang adalah berdaulat dan
semua orang, termasuk pemimpin politik dan institusi kerajaan, tertakluk kepada
undang-undang. Tidak ada individu atau badan yang boleh bertindak di luar batas
undang-undang.
3.0.4 Elemen Warisan
Elemen warisan merujuk kepada elemen
asal dan telah sekian lama menjadi pengenalan atau identiti bagi negara;
Elemen-elemen asal dan tradisi yang dikekalkan dalam Perlembagaan dengan
peranan-peranan tertentu.
*seringkali dirujuk sebagai "tiang
seri Perlembagaan Persekutuan" atau elemen asal (indigenous)
3.0.5 Kewarganegaraan Malaysia
Peruntukan yang digandingkan dengan keistimewaan Melayu. Terdapat empat
cara mendapatkan kewarganegaraan iaitu:
- Operasi undang-undang
- Pendaftaran
- Naturalisasi
- Gabungan wilayah
Hilang / dipecat kewarganegaraan – hilang taat setia
3.0.6 Kebebasan asasi
>Perlembagaan menjamin hak-hak asasi seperti hak kebebasan diri, hak
kebebasan suara dan berhimpun serta hak kebebasan beragama.
>Hak kepada kebebasan diri: Setiap individu berhak kepada kebebasan dari
penahanan yang tidak sah.
>Hak kepada kebebasan bersuara dan berhimpun: Rakyat diberi kebebasan
untuk bersuara dan mengadakan perhimpunan aman.
>Hak kepada kebebasan beragama: Setiap individu berhak untuk menganut
dan mengamalkan agamanya, dengan syarat amalan tersebut tidak melanggar
undang-undang.
3.0.7 Pindaan Perlembagaan
>Merujuk kepada Perkara 158 Perlembagaan Persekutuan pindaan perlembagaan
dibuat sekiranya ada pertambahan atau pemansuhan sesuatu dasar.
>Situasi di Malaysia, pindaan perlembagaan dilaksanakan tanpa
referendum rakyat.
>Perkara-perkara yang boleh dipinda dalam perlembagaan dengan persetujuan
2/3 ahli majlis Parlimen.
3.0.8 Perkara subversif dan darurat
>Walaupun Perlembagaan menjamin hak-hak individu, ia juga mengandungi
peruntukan yang membolehkan sekatan tertentu dikenakan atas nama keselamatan
negara, ketenteraman awam, atau moral. Contohnya, kebebasan bersuara boleh
dihadkan demi mengelakkan fitnah atau hasutan. Ini bertujuan untuk menjaga
keseimbangan antara kebebasan individu dan keselamatan serta kepentingan
negara.
4.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN KEPADA RAKYAT DAN NEGARA
4.0.1 Melindungi Hak Rakyat:
Perlembagaan menjaminkan kebebasan rakyat seperti bersuara, beragama, dan mendapatkan pendidikan yang percuma.
4.0.2 Mengawalkan Kuasa Kerajaan:
Kuasa kerajaan dibahagi kepada tiga (Eksekutif, Parlimen, dan Mahkamah) supaya tiada pihak boleh salah guna kuasa dan kurang kes jenayah.
4.0.3 Menentukan Cara Pemerintahan:
Memberikan panduan pentadbiran kepada ahli penguatkuasaan negara dan negeri-negeri.
4.0.4 Perpaduan Kaum:
Dapat menjaga hak semua kaum dan memastikan keharmonian rakyat yang berbilang kaum.
4.0.5 Undang-undang :
Semua rakyat negara dan kerajaan, termasuk pemimpin patutlah mematuhi undang-undang supaya adil untuk semua serta negara akan menjadi lebih aman.
5.0 KRONOLOGI PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
>1909 - Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
>1927 - Raja -Raja Negeri Melayu Bersekutu berhenti menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.
>1946 - Perlembagaan Melayan Union dibentuk namun ditentang oleh orang Melayu kerana tiada konsep penghormatan kepada Raja.
>1948 - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk. Penyelarasan perundangan negeri-negeri bermula.
>1949 - Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum dibentuk untuk menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi.
>1955 – Pilihan raya
pertama persekutuan.
>1956 - Jawatankuasa Kerja dan Suruhanjaya Reid ditubuhkan untuk penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
>1957 - Penguatkuasaan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
>1963 – Perlembagaan Malaysia menggantikan Perlembagaan Persekutuan setelah penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura
Thursday, September 26, 2024
6.0 KESIMPULAN
Perlembagaan merupakan satu undang-undang atau dasar peraturan negara yang dapat memberikan banyak kelebihan kepada sesebuah negara contohnya masyarakat kekal aman dan makmur, kebebasan beragama, meningkatkan perpaduan rakyat, mengelakkan isu perkauman dan mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat. Dengan itu, kerajaan dan rakyat perlulah sentiasa mematuhi segala undang-undang yang telah di tetapkan agar dapat mengekalkan suasana harmoni tanpa perbalahan antara kaum di dalam negara.
Selain itu, Perlembangaan Persekutuan Malaysia adalah asas utama yang menyatukan negara dengan menjamin hak asasi rakyat,mengiktiraf kepelbagaian kaum seperti, Melayu , Cina dan India. Di samping itu, ia mengekalkan kestabilan politik melalui sistem raja berperlembagaan dan federalisme . Bumiputera dengan kepintangan semua kaum , menjadi landasan penting bagi perpaduan dan integrasi nasional . Hal ini boleh menjadikan negara aman kerana tiada pergaduhan antara kaum dan boleh menjadikan ekonomi negara meningkat.
Tuntasnya, Perlembagaan adalah salah satu identiti negara kita. Oleh itu, setiap rakyat di negara ini perlulah berusaha mengikuti segala undang-undang yang telah diadakan agar perlembagaan Malaysia dapat dipertahankan. Integrasi kaum memainkan peranan yang sangat penting dalam memajukan negara kita. Oleh hal yang demikian,kerajaan telah menjadikan sektor pendidikan sebagai medium dalam memupuk nilai integrasi yang kuat di antara kaum-kaum di Malaysia. Selain itu,kita perlu mengaplikasikan pelan integriti nasional. Melalui pelan ini kita dapat mengikuti program yang boleh menguatkan lagi integrasi yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia.